Scroll Text - http://www.marqueetextlive.com

Tuesday, June 15, 2010

::Di Bumi Urdun::


Di lembah Rum

Pengalaman di bumi Urdun...Berjalan dan bermusafirnya kita melihat kebesaran Tuhan yg Maha Esa bagi kita sama2 berfikir.Kembara dalam mentafsir setiap apa yg diciptaNya...hebatnya ciptaan Allah..Subhanallah..

Sedikit catatan sejarah Wadi Rum yang mana
Ahli geologi menyatakan bahawa lembah Rum terbina dari belahan yang dahsyat dipermukaan bumi akibat gangguan pergerakan plat bumi yang hebat sehingga memecahkan batuan granit yang terlalu besar dan tebing batuan pasir dari banjaran gunung Afro-Arab.

Ahli arkeologi pula percaya bahawa kawasan ini telah di diami sejak zaman Neolitik lagi iaitu antara kurun 8-6 sebelum masihi dan dikenali dengan nama Wadi Iram (Lembah Iram).

Terdapat mata air panas dan segar di Wadi Rum. Dengan mata air tersebut ia menarik perhatian dan tumpuan kafilah pedagang yang menuju ke Syria dan Palestin dari tanah Hijjaz. Kesan artifak batu untuk tujuan menyalakan api ditemui di kawasan Wadi Rum. Selain itu, pasu belangan dari zaman Besi turut ditemui.

Lukisan pada dinding batu turut membuktikan wujudnya penempatan dari zaman arab Nabatean. Malah kawasan ini pernah diduduki oleh penduduk 'Aad, Tsamud, Lihyan dan Ma'in. Nabatean lebih terkehadapan pada zamannya disebabkan kecemerlangannya membina empayar perdagangan dan kemampuan membina binaan yang hebat.

Kajian terperinci menunjukkan bahawa di selatan Wadi Rum terdapat kesan wujudnya penempatan Kaleolitik iaitu sekitar 4500 sebelum masihi. Manakala di kaki Jabal Rum terletak Kuil Allat yang asalnya dihuni oleh Kaum 'Aad dan di ambil alih oleh Nabatean pada kurun 1 sebelum masihi. Manakala inskripsi berkenaan kaum Tsamud telah ditemui di kaki bukit Kazali.

8.5 km dari Timur Wadi Rum ialah kawasan yang dinamakan Dissi. Sekumpulan dari negara Itali telah menemui tapak awal kerajaan Nabatean sebelum mereka beralih ke Petra.
Wadi Rum ketika abad ke-19 menjadi kubu penting Raja Faisal ibn Hussein ibn Ali dan T.E Lawrence (merupakan pesuruhjaya British di Trans Jordan) ketika pemberontakan arab menentang kerajaan Turki Uthmaniah. Lawrence menjadi lagenda kerana peranannya dalam penentangan terhadap Turki dan ia memihak sepenuhnya kepada bangsa arab (demi kepentingan politik di tanah arab). Beliau diberi gelaran Lawrence Of Arabia dan membina rumahnya pada ketika itu di Wadi Rum






Di Lembah Wadi Rum

Rasulullah pernah berdoa sebelum memulakan perjalanan di dalam satu sabdanya yang bermaksud : “ Ya allah kami memohon dari Engkau sepanjang musafir kami ini kebaikan dan ketaqwaan, melakukan amalan yang Engkau redhai, permudahkan perjalanan kami, dan jadikan kami sentiasa taat kepadamu selepas perjalanan ini…” ( riwayat Muslim)

Binafsha..

No comments:

Post a Comment